Thursday, 31 May 2012

Snow White




Ye yeah  malam ni nak tengok wayang..Release tension sikit. Hari ni sangat penat. Penat otak, penat badan.
Aku baru lepas cuti dua hari ( tak sihat + nak jimat minyak kereta).Bila nak datang hari ni terasa macam hari isnin pulak.Dengan petang tadi pergi UiTM Selayang jumpa statistician, then patah balik Sungai Buloh sebab ada aerobic pulak pukul 5.30..So tiring. Hari ni punya dance begitu vigorous la. Nak tercabut kaki rasanya..huhu Balik Shah Alam pulak pukul 7 lebih. Bila sampai jer, di sambut dengan bau2an 'harum' kat dapur.Bengang gila bila tengok ulat beranak pinak.. Sampai bila la aku nak hidup dengan orang yang tak bertamadun ni......!  Tak tahu dah nak wat camne.. Mau aku gilos duk kat sini ni.. Dasar pemalas! Sekarang ni bukan orang yang sama tapi housemate yang lain pulak..Dah ada dua orang yang pengotor ni = kuasa dua! Mampos aku....

Monday, 28 May 2012

Pantang Larang




Pernah tak dengar pepatah ' tak boleh tegur jerawat orang nanti dia naik dekat muka kau'.Hahaha.Mesti pernah dengar kan. Kekadang macam mengarut tapi dalam masa yang sama betul 100%. Mungkin secara kebetulan je.

Aku pernah buat entry jerawat ni. Punyalah eksyen cakap 'kalau naik kat dahi takpe, suka'.. Actually saja cakap, tak ingin pun dia naik kat mana2 bahagian muka dan mana2 bahagian  la.. Hahha. Sekali betul  Jah!
Sekali naik banyak da... Dush, stress2!!




Uwaaaa, tak suka tak suka  ;(
Ok saya mengaku saya cakap besar, sekarang ni memang saya tak suka jerawat tumbuh kat mana2 jer.......

Antara sebab kenapa jerawat tumbuh;
1- Perubahan hormon
2- STRESS

::Ya, saya sedang mengalami dua2 fenomena ini::



Dear pimples, please stay away from me 

Friday, 25 May 2012

Bawal Printed Version

Tudung ni kan selalu berubah2 fesyen mengikut arus zaman. Dari zaman tudung bawal ke selendang, tudung instant dan back to bawal balik. Dok pusing2 camtu jugakla. Sama gak dengan baju . Sekarang ni trend back to basic. kalau diperhatikan, fesyen dan corak kain semua lebih kepada zaman 60-70 an agogo dulu tu..;-)

Aku takla fanatik sangat ikut fesyen2 ni semua tapi tak la jugak 'old-fashioned'. Kita just ikut flow la.. kata orang bukan kata aku.;-). Kalau nak diikutkan, aku just ikut arus pemodenan industri tudung je la.. Cheh.
Sebab tudung yang orang akan nampak dulu diikuti dengan baju, kasut etc.Kalau baju dan seluar semua aku bantai je pakai.Nak mati ke kalau ikut satu2.Banyak duit den. Bukan kata nak menunjuk2, atau nak bagi orang lihat ape yang kita pakai kan, cuma nak ade keyakinan diri la. Nak ke kalau orang kata pe la minah ni punya pakaian. Huhu. Tak ke malu......

Now, femes dengan tudung bawal bercorak2 ni kan? Sebelum ni trend tudung bawal multiple tone. Ala, yang macam pelangi tu, tu cantik gak.Tudung bawal ni kelebihan dia adalah tak lapuk dek zaman.Senang jugak nak pakai sebab dia tak lembik dan jugak tak keras semacam. Sape2 yang bertudung sejak azali tahu lah perkara ni. Aku, memang sejak dari zaman sekolah lagi sentiasa dengan tudung bawal je. Cuma ada jugak, bila terasa weng sikit cuba gak nak belit2 selendang2 nih. Tapi rimas la. Hahahahha.

Kat sini ada sample bawal printed yang dihasilkan oleh rakan Fb saya pja thepinkshop.
Actually dia tak jual tudung ajer. Tapi kain, baju kurung siap , jubah dan macam-macam lagi la boleh didapati di kedai ini. Hahah promote jangan tak promote.




setakat ni aku  baru ada satu jer corak leopard kaler kelabu. Malas nak beli banyak nanti akan keluar trend fesyen terbaru pulak...;-)




cantik tak?? ( refers to tudung la yer..orangnye memang dah sedia comel -muntah hijau-..hahah)

Orang muka bulat macam saya pun x jadi masalah nak pakai.


 Senang dibentuk


menjadikan hariku sungguh ceria
 *dang*





Wednesday, 23 May 2012

Lelaki Itu





Setiap manusia dilahirkan berpasang-pasangan.Sudah lumrah manusia untuk hidup berpasangan.
Kriteri lelaki pilihan mengikut sunnah nabi boleh di baca  DI SINI .

Secara kesimpulannya:


Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.





 Semua wanita mesti mengimpikan bertemu dengan lelaki impian yang memenuhi kriteria masing-masing.Bagi diri saya, sudah tentulah berjela2 list lelaki impian yang hendak dicarikan calon suami. Namun, tidak semua yang kita impikan itu adalah milik kita kerana tiada siapa pun yang SEMPURNA di dunia ini. Cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.Berbalik kepada cerita di atas, saya juga mempunyai kriteria lelaki pilihan yang saya suka. :)


1- Haruslah ada keimanan yang tinggi (nombor satu!)
2- Lelaki yang saya suka haruslah lebih TINGGI dari saya. I repeat, TINGGI. ;)
3- Suka lelaki kidal
4-Romantik
5-Suka buat aksi yang tidak disangka2 eg buat aksi kanak2 merajuk ker, ajuk suara orang ker.heheh
6-Suka lelaki yang pandai melukis
7-Bukan anak mak yang MELAMPAU
8-Tidak mengada2, bongkak, dan menunjuk-nunjuk.
9-Kelakar
10-Menerima saya seadanya( paling penting ;)



Mengapa tiada kriteria utuk paras muka , status , kewangan ker??? Sebab itu semua tidak penting (penting jugak la..harhar)  sebab tu semua bersifat sementara. Kalau ko handsome macm mana sekalipun tapi perangai macam ape ntah, hilang sume kehenseman anda. Samalah dengan kaya mana sekalipun tetapi kaki perempuan @ kaki minum or whatever, semuanya takkan kekal. Paling penting, kejujuran dan komunikasi dalam perhubungan. That's really matter!




p/s : macam pro jer kan..hew hew hew :)



Tuesday, 22 May 2012

Wordless



Hari ini kena balik awal..
Jap lagi ada appointment gigi...
Hujan la pulak sekarang ni..
k la nak chow dulu
Bubbye